mana kita nak pergi dengan kereta/moto/kenderaan....
mpv shd be cheaper!!!!!!
Tahun 2004 bakal menutup tirainya tak beberapa lama lagi. Macam macam dah berlaku semenjak awal tahun ~ namun yg menarik perhatian setiap genap lapisan masyarakat adalah isu rege kereta serta model model yg bakal rakyat Malaya nikmati selepas afta. Dari apa yg saya fahami AFTA akan mula berkuatkuasa pada 1 jan 2005 --> ini adalah sedikit lain dari apa yg saya faham sebelum ni yakni AFTA dah masuk Malaya ni bermula 1 jan 2004. Apa yg berlaku, tahun 2004 adalah 'grace period' utk negara kita yg tercinta ni melaksanakan AFTA....
Perasan tak, masa pembentangan bajet tempoh hari, takder citer pasal cukai kenderaan ~ yg ada tertera dlm paper hanyalah ruang kecik dgn laporan yg struktur cukai kenderaan akan hanya di umumkan pada bulan Disember... hahhhhh.... itu ler tandanya kerajaan tengah perah otak macamana nak tipu AFTA! Dan rata rata kalau kita pergi showroom sekarang ni, salesman/saleswoman akan kata...baik beli sekarang sbb nanti rege akan naik lagi.
errrr.. logik ker? Mungkin gaks betul utk kereta yg bukan dibuat di dlm kawasan persetujuan AFTA, i.e. negara asean (dgn syarat kurang kurang 40% komponent asal asean). Tapi kalau kereta yg dah 'asean', kalau pun ada eksais, kadar yg sama akan dikenakan semacam proton, perodua dan naza bayar. Maknanya, secara normal dan logik, kereta macam vios yg dibuat di Thailand atau avanza yg dibuat di Indonesia akan lagi turun rege lah...
ishkkk... fening memikirkan hal automobil ni... tunggu dan lihat jerlah meskipun PM dah bagi isyarat rege kereta akan "lebih-kurang" sama selepas Jan2005 nanti.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home