Antara KL dan Jakarta
Jakarta, kota metropolitan dengan katanya lebih 10juta penghuni. Aku kembali untuk tugasan sesi kedua disini bermula 8 Agustus 2005. Dan kembali kali ini dengan sedikit kejutan.
Aku kira, suasana tetap sama sepertimana sebulan yang lalu. Namun ternyata, ada perbedaannya. Dan bagiku perubahan yang ketara, walaupun kecil.
Sebulan yang lalu, aku senantiasa ditemani oleh dua orang pak supir yang ternyata bukan saja baik hati dan cekap, malah sabar dalam membawa aku keliling kota sehabis waktu kerja untuk mencari makan serta sedikit ole-ole buat keluarga di Malaysia. Pak Narto dan Pak Paiman sudah menjadi bak kawan yang sudi menemani aku di kotaraya yang senantiasa sibuk dan macet ini. Apa tidaknya, saban hari aku habiskan masa lebih dari tiga atau empat jam bersembang dengan mereka sewaktu dalam perjalanan dari kantor ke tapak projek yg perlajalannya kekadang memakan masa dua jam atau lebih. Pelbagai dikongsi, dari perihal keluarga, sejarah malah bab bab keagamaan juga. Mereka sudah jadi kawan yang tak mudah dilupakan.
Setiba di Bandara Soekarno-Hatta pada pagi Senin 8 Agustus itu, aku dikejutkan dengan maklumat bahawa Pak Narti serta Pak Paiman sudah tidak lagi bekerja untuk syarikat aku. Bukan dibuang kerja kerana mereka hanyalah sebahagian dari syarikat lain yang memebri perkhidmatan kenderaan kepada sayrikat yg aku bekerja ini. Ternyata, pada bulan Julai lalu, syarikat kenderaan telah di tukar ganti dengan yg lain.
Arghhhh.... ole-ole yg dikirim oleh isteri ku kepada mereka nampak gayanya akan balik kembali ke Malaysia. Usaha ku untuk menghubungi mereka juga gagal kerana mereka tiada henset dan tiada siapa tahu dimana mereka.
Walau begitu, mujur Pak Bambang ~ merupakan QC kontrak di worksite - masih lagi ada. Sekurang-kurangnya masih ada muka familiar dan masih ada "kawan lama"... Tapi khabarnya, kontrak syarikat beliau juga cuma sehingga ujung Agustus..... hmmmmm.... Aku disini cuma dua minggu kali ini. Mungkin next trip aku sudah tiada "kawan lama"... walaupun kawan lama ini baru ku kenal bulan June lalu....

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home