Sunday, December 10, 2006

Mental Block

Kurang pasti apa terma dlm BM, tapi penyakit "mental block" ni sedang giat menyerang saya! Setelah sekian lama tidak blogging, pagi ni terasa pulak nak meluahkan buah pemikiran di alam maya ni. ~ tapi kelu otak.

Mulanya, teringin nak tulis tentang trip bermotor yang baru saya sertai pada hari Sabtu lepas. Namun bila berhadapan dengan keyboard, takder idea. hmmmmm..... Mungkin kerana sudah terlalu lama rangkaian mental saya ini bercorak inggeris - meski tidaklah sebagus mana penulisan saya dlm bahasa penjajah itu. Namun adalah jugak saya nukilkan pengalaman2 permotoran di jaringan Beareye on the Move ....

Yupp....Motosikal - mungkin merupakan rekaan moden yang diminati oleh kebanyakan lelaki (serta ramai jugak perempuan), kecil besar tua muda miskin kaya malah dari pelbagai lapisan manusia. Entah kenapa kendara bermoto beroda dua ini begitu diminati ramai. Kalau ditanya kepada mereka-mereka yang menunggang, akan kita dengar pelbagai dan bermacam-macam pengalaman dan sebab-sebab kenapa mereka meminati dua roda. Dan saya adalah salah sorang dari mereka!

Walauubagaimanapun, masih mental block! jadinya, saya stop dulu.

Next time lerrr..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home