Saturday, August 06, 2011

Kita Masih Meniti Usia

Zaman berlalu... semakin canggih. Umur menjangkau setengah abad sekarang jauh berbeza dgn tigapuluh empat puluh tahun dahulu. Teknologi berperanan besar dalam segenap ceruk dan aspek kehidupan manusia.

Semasa masih di sekolah rendah dahulu, teknologi perhubungan yang paling dikagumi adalah talipon. Sekitar awal 70an, seingat saya, masih belum ada "public phone" dikampung Alolete. Kalau nak menggunakan khidmat talipon, mesti ke Jertih atau Kg Raja (diluar pejabat Pos). Itupun sekadar untuk suka-suka kerana bukannya kenal sesiapa yg ada talipon! hahahaha... Di Alolete mungkin rakan yg paling moden ketika itu adalah anak Allahyarham Dato' Wan Ishak kerana dirumah beliau bukan saja ada TV, tapi ada talipon jugak!


Selepas pertengahan 70an... rasanya sekitar tahun 73 onwards, khidmat Telekom mulai dapat dirasai oleh ramai penduduk dikampong.... Seingat saya, ayah saya mula menjadi pelanggan Telekom Malaysia sekitar tahun 77. Ketika itu, perhubungan antara yg jauh dapat didekatkan melalui perbualan talipon.... Namun, ianya tidaklah sehebat sekarang.


Lebih tiga abad dari mula2 saya kenal talipon, internet sudah menjadi sebahagian keperluan dalam hidup. Zaman talipon-mudah-alih sudah pun menjadi hambar. Anak sekarang mungkin dikenali sebagai Generasi FB. Kerana, secara spesifiknya, semua yg tahu IT, internet, broadband/jalurlebar, smartphone dan yg sewaktu, tidak akan lengkap hidupnya tanpa akaun facebook!


Meski Laman Sosial seperti Myspace, Multiply, WAYN dan seumpama sudah lama wujud di alam siber, namun impak dan populariti laman2 tersebut tidaklah sehebat FB. Dan dek kerana meluasnya penggunaan FB bukan saja dikalangan anak2 muda dan remaja malah mereka yg sudah berusia separuh dekad, ianya menjadi satu alat, kalau pun tidak fenomena, perhubungan yg banyak merapatkan jurang2 yg terjadi dek masa serta jarak antara keluarga, kawan, rakan, teman dan sebagainya. Ini adalah sesuatu yg amat positif.


Tahun 1978... saya di Tingkatan 5, Sekolah Menengah Tengku Mahmud, Besut - TMS as it was fondly known as. Tahun ini, 2011... sudah 33 tahun berlalu. Ada yg mengambil initiatif untuk merapatkan kembali persahabatan, perkenalan, silaturahim antara kami2 yg sama2 bersekolah di TMS dulu. Kalau sebelum ini ianya dilakukan, painstakingly, oleh berapa orang melalui talipon atau surat... tahun ini, specifically selepas June 2011, xtms78 telah di daftarkan di Facebook oleh Sdr Ku Yi.... meski to date hanya ada 24 ex-schoolmate dulu yg dicapai... namun saya yakin ramai lagi akan ikut serta dalam masa terdekat.


Mungkin nostalgia memainkan peranan penting dalam hidup kita yang makin meniti usia. Namun, ianya adalah sesuatu yg penuh kebaikan, pada hemat saya. Keep us sane, to a certain extent. Semoga memori2 indah kekal dlm ingatan... dan semangat setiakawan sentiasa berterusan dikalangan xtms78!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home