hak pengguna
Kadang-kadang kita terlalu selesa dan telalu bersikap "tidak apa" dalam menghadapi situasi yang bercanggah dengan prinsip kita atau norma kehidupan atau "natural justice".
Satu insiden kecil yang mungkin bagi kenayakan kita adalah "biasa jer". Selepas minum pagi, saya (bersama dua rakankerja) singgah di kedai telekomunikasi dengan niat membeli tambahnilai maxis rm30. Sambil bertanya samaada maxis ada tambahnilai rm20, jurujual kata yang ada hanyalah rm10 "tetapi kos dia tinggi sikit dan kita jual rm11".
aikkk!!???? Teringat saya beberapa minggu lepas laporan akhbar tentang bagaimana sebuah kedai kena serbu sebab menjual pek-permulaan lebih dari nilai tertera hanya kerana nombor ditwarkan "cantik". Dan beberapa minggu lepas juga saya pernah kekedai ini untuk membeli starter-pack rm20 yang "kena bayar rm30 sebab nombor cantik (saya tak beli pun...)".
Sebagai pengguna, kadang kadang kita terima perkara perkara sebegini kerana impak nya - dari segi ringgit - tidak lah beasar bagi kita. Apalah nilai RM1 sebulan untuk berurusan melalui maybank2u? Dan tak beberapa lama lagi, 10% tambahan dari RM3 hanyalah 30sen yg kena bayar untuk ulang alik kerja masih mampu dibayar. hmmmmm......
Mungkin kita masih mampu dari segi ringgit, tetapi secara prinsipnya?
Saya? terus melangkah angkat kaki dari kedai telekomunikasi tersebut tanpa membaeli apa-apa dan kini sedang mencari nombor talipon atau website kementerian perdagangan untuk membual lapuran. Dan saya dah lama ulang alik kerja naik moto tanda protes kenaikan minyak serta juga protes tol tol yang tak sepatutnya ada dari awal lagi.....
maybank2u? hmmmmm....tengah pikir ni sbb kos nak ke bank (minyak moto, masa dsbnya) mungkin lebih dari RM1 sebulan....

1 Comments:
memang betul kita selalu bersikap tidak apa. kerana ianya masih dapat ditampung. Kadang kala ada jugak protes dalam diri. Tapi sekadar menyuarakan dalam diri. Ianya bertentangan dengan prinsip hidup. Tapi walaupun kita hanya mentimun, semoga dapat merubah dunia jika mentimun bersatu.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home