Wednesday, November 08, 2006

set alolete

Kadang-kadang... kita mengimbau kembali zaman-zaman dan ketika remaja... huhh.. teringat aku kala di sekolah dulu... bermula dari sekolah rendah hingga sekolah menengah... dikala itulah lumrahnya kita akan ada geng... entah kenapa, muski ramai dari kalangan sekelas atau se-aktiviti ko-kurikulum (masa tuh dikenali sebagai aktivi luar sekolah), mereka-mereka yg kekal akrab terdiri dari bukan rakan sekelas, tapi dari sekampung...


ini geng 'set alolete'

Beberapa tahun kemudian (2005 kalau nak tepat..) sebahagian dari set alolete semasa reunion class of 78



Sunday, November 05, 2006

X-Men? (kelas Xpress SRTM)

Awie ada datang ke KL nak jumpa salah sorang classmate sy time sekolah rendah dulu... ingatkan dier kenal ngan Razif Ustaz Man orang besar TNB... rupanya tak berapa kenal sbb sy & Razif classmate time kelas express dulu...

Way back in the 70s... ada progrem 'lakar kelas'.. taktau lar berapa lama progrem tuh bertahan, tapi, I am one of the by-product lar kiranya... setahu saya, sebelum our batch dah ada gaks progrem kelas X nih.. dan yg pasti, junior our batch was the last one yg subjected to this X-perimental program... What did they do?

Well, secara mudahnya, kami kena belajar dlm darjah 3 dan darjah 4 dlm masa setahun jer... yakni enam bulan darjah 3 dan enam bulan darjah 4 pada tahun 1971.... what a year it was!

Darjah 3X tahun 1971 = Darjah 4X tahun 1971

Yang aku masih tak faham... macamana aku terpilih masuk program X tuh... :)

p/s: for X-boysgirls... acu gi tengok gambar besar DISINI... I tried to put names to those kids.... hopefully all correct!