Sunday, January 17, 2010

Manasik Haji 1430H

KT75
13 November 2009 - 23 Disember2 009

Alhamdulillah.... tanggal 13 November 2009, kami suami isteri telah dirahmati Allah sebagai dyufurrahman ke Baitullah.... namun, perjalanan kami bukan semudah ABC mahupun selicin sutera.... Banyak rintangan fizikal dan mental menanti kami serta bakal-bakal jemaah haji bermula dari Malaysia lagi.....

Pekerjaan dan perjalanan haji mungkin suatu ibadat yg ramai muslim salah tanggap atau kurang faham kaedahnya. Saya juga samar2 ttg rukun Islam yg kelima ini, sehinggalah saya berjinak2 untuk menghadiri kursus haji. Ahhhh... tak jugak. Sebenarnya saya (serta isteri) dilimpahi rahmat dah kasih Allah pada tahun 2009.... Mungkin kalau tidak kerana belas ihsanNya, kami masih lagi akan terus (hanya) merancang untuk naik haji!

Semuanya bermula seawal bulan April bilamana surat tawaran 'standby' singgah dipetisurat kami. Dari situ kami semacam berada dlm gear otomatik.... tergerak untuk bertanya khabar kawan2 yg telahpun begelar "haji" serta mulai berbincang samaada mengikuti muassasah ataupun menerjakan haji malalui PJH (Pengelola Jemaah Haji a.k.a pakej)... Dipendekkan cerita, kami secara otomatik kena hadir kursus intensif haji anjuran TH di Kompleks Haji Kelana Jaya (pada 22-23 Julai 2009)... tersangatlah informatif! Saranan utk semua - rajin2lah ikuti kursus haji dimana jua bila ada kesempatan.... insyaAllah kita akan lebih faham dan akan lebih teruja untuk ke Baitullah....

Terpilih!
Meskipun dalam kategori 'standby', kami senantiasa berdoa serta bermunajat agar kami mendapat panggilan pada tahun ini untuk menunaikan haji. Makanya, persiapan awal kami lakukan - dari memperbaharui paspot, sediakan gambar2 untuk visa haji, cukupkan tabungan dlm akaun TH, ambil suntikan2 yg dimestikan serta persiapan mental dan keperluan2 fizikal yg lain. Sepanjang bulan Ramadhan, lebih giat doa-doa kami panjatkan... dan alhamdulillah kurang seminggu sebelum Idul-fitri, kami mendapat maklum bahawa kami sudah di 'upgrade' dari senarai menunggu ke senarai 'confirm' terpilih.... ALHAMDULILLAH... pun begitu, kami seperti dlm mimpi.... terlalu gembira tetapi terasa jugak macam tak percaya.... mungkin kerana khabaran yg kami terima sebelumnya kerajaan Saudi bakal mengekang jumlah jemaah untuk musin ini dek kerana ancaman H1N1...

Penantian itu satu penyiksaan.
Suasana idul-fitri kami pada tahun ini lain dari tahun2 sebelumnya. Meski sudah terpilih, tarikh penerbangan masih lagi belum kami ketahui.... Begitulah liku permualaan perjalanan kami selepas terpilih sebagai tetamu Allah...
Hmmmm... penantian itu ternyata amat sukar. Meski sudah terpilih, kami masih belum menerima apa-apa pengesahan berkait jadual penerbangan. Bulan Oktober berlalu dengan begitu cepat sekali. Sehingga hari Kursus Perdana (3-4 Sept 2009), tiada sebarang maklumat diterima oleh mana2 jemaah haji berkait jadual penerbangan.... hatta selepas tamat kursus perdana itu, Keta Pengarah TH memaklumkan, KT1 hingga KT6 akan hanya di tetapkan pada minggu berikutnya. MasyaAllah.... ini ujian Allah jua kerana kami difahamkan pada tahun2 sebelumnya, KT1 sudah mula mendapat pengesahan semingu sebelum raya puasa! walhal kursus perdana tersebut dijalankan seminggu sesudah raya.... dua minggu kelewatan!!!