Kita Meniti Usia...
Diam tak diam, sudah hampir setengah abad penghidupan yang ditempuhi. Dan dengan tahap usia yang semakin meningkat, faktor kesihatan akan senantiasa menjadi sesuatu yang senantiasa perlu dititik-beratkan. Lumrahnya, berbagai-bagai yang menunggu kita saban waktu, setiap hari, segenap tahun.... semakin kita meniti usia, semakin banyak penyakit yang mungkin menjadi teman. Suatu kebenaran yang pahit namun tidak dapat kita nafikan. Dan tidak mungkin kita lari dari realiti kehidupan ini....
Mungkin ada diantara kita yang kekal sihat sehingga akhir hayat tanpa sebarang penyakit yang kritikal - hanya bergelumang dengan virus common seperti flu atau batuk2. Tetapi, kebanyakan dari kita mungkina akan berdepan dgn cubaan kesihatan yang lebih mengganggu bukan sahaja perjalanan fizikal, malah ketenangan emosi kita juga. More often than not, its the emotional worries that kills us.
Semalam (Sabtu 20 Mac), saya berpeluang melawat kawan lama dari zaman persekolahan dan zaman kanak-kanak sehingga remaja dulu. Sudah lama rasanya tidak saling berjumpa atau mendengar berita. Kali terakhir saya bertemu dgn Hattar (panggilan mesra, Mat Ta) adalah beberapa tahun dulu semasa satu majlis makan-makan di rumah Reza (Bentong). Dan sebelumnya, pertemuan kami adalah berpuluh tahun dulu... semasa saya masih lagi bujang trang tang tang. Kini, saya beranak lima, dan Mat Ta pulak sudah ada enam anak...
Haluan kita memang banyak berbeza sesudah alam persekolahan. Ada yg setia bermustatutin dikampung halaman, manakala lebih ramai yang merantau. Mat Ta, dari apa yg saya ketahui bekerja di Sabah disuatu ketika sebelum sekarang ini tinggal di (Felda) Krau, berdekatan dgn Bentong. Bukannya suatu tempat yg jauh, namun perbezaan profesyen serta tanpa persamaan hobi, laluan kami jarang bertembung. Ahhh.. kalau difikirkan, masih ramai teman rapat dan kawan karib zaman persekolahan yg sebegini - berbeza haluan dan haluan, dan semakin jarang pertemuan dan perjumpaan....
Reza secara kebetulan terjumpa Mat Ta diwad Hospital Bentong semasa melawat jirannya minggu lepas. Setelah sekian lama tiada khabar berita..... Mat Ta kini "berjuang" dengan buah pinggangnya... Begitulah keadaannya. Dalam usia yg semakin meningkat, kita menghadapi berbagai risiko penyakit. Mat Ta kini sakit buah pinggang. Sesuatu yang traumatik. Hasil dari lawatan saya dengan Reza semalam semasa Mat Ta dengan rutin mencuci darah dipusat Hemodialisis Bentong, memang tampak jelas trauma yg masih ada meski sudah tiga bulan dia berdepan dgn penyakit ini. Sebagai kawan, kami hanya mampu memberikan sokongan moral dan berdoa semoga belaiu tabah serta semoga penyakit ini bakal sembuh....
Honestly, sebelum ini saya sendiri tidak begitu tahu perkara2 berkait sakit buah pinggang. Serba sedikit pengetahuan yang ada adalah hasil dari pengalaman dan perceritaan pakcik saya yg juga menghadapi situasi ini. Namun setelah di google, nyata masih banyak yg belum saya fahami atau ketahui...
Ujian awal kesan sakit buah pinggang
RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma. Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala. Namun, itulah sifat penyakit kronik.
Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius. Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air
kecil.-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah
malam.-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah
pagi....Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.
Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.
Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!
Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.
Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.
Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.
Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.
Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.
Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.
Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.
Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.
Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.
Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.
Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:
-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.
