Sunday, August 30, 2015

Ayah Lebih Di Sayangi..

Titipan rindu buat Haji Hamzah Bin Haji Idris ........

Kita senantiasa berharap akan dapat bersama orang yang kita sayangi untuk selama2nya.  Namun kenyataannya, kita adalah"selfish".

Hari ini, usai sudah tugasan Ayah.  Jazakallah. Terima kasih ayah kerana membesarkan serta mendidik kami bermula dari tahun 1956 bilamana anak sulung Ayah lahir ke dunia fana ini.  Kami tahu perit jerih ayah lalui sejak dari itu untuk pastikan kami membesar dengan didikan formal lantas menjadi insan2 yang berjaya dan berilmu.

Anak2 ini akan senanatiasa ingat akan kata2 ayah... pelajaran itu amat penting.  Dan dalam perjalanan hidup selama 83 tahun, ayah sentiasa menekankan peri keutamaan "education".  Dorongan ayah bukan sahaja setakat untuk anak2... malah berterusan sehingga ke cucu2.  Sekiranya ayah sempat menasihati cicit2, nescaya dorongan yang serupa akan diberikan ayah kepada mereka.  Namun, cicit ayah yang sulung hanyalah berusia 3 tahun semasa ayah tinggalkan kami selama-lamanya.

Hari ini, 30hb Ogos 2015 seiring berkumandangnya azan zohor yang sayup2 kedengaran dari Masjid Ladang Kuala Terengganu, anak2 cucu2 serta saudara mara bagai di hempas ombak besar di Tingkat 7 Hospital Sultanah Nur Zahirah.  Ayah dengan resminya di sahkan kembali ke rahmatullah pada jam 1.18pm oleh doktor bertugas pada hari ini.

Ayah pergi meninggalkan legasi yang amat hebat.  Mungkin bagi mereka2 diluar keluarga kami, ayah hanya seorang insan biasa, namun bagi kami anak2 Haji Hamzah Bin Haji Idris, ayah adalah insan paling hebat.  Tidak dinafikan Ayah bukan insan yang "perfect".  Ayah tidak petah bercakap, dan bukan dari kalangan berengaruh dalam masyarakat.  Namun Ayah adalah seorang yang amat penyayang dan terlalu prihatin terhadap anak2nya.  Sekiranya mampu, Ayah akan tunaikan setiap permintaan kami, se-remeh mana pun.

Terlalu banyak pengorbanan ayah untuk anak2.  Ayah boleh lah dikira seorang yang berharta, namun hanya sedikit digunakan untuk kemewahan diri.  Terlalu banyak ditinggalkan sebagai pusaka.  Meski anak-anak ayah pasti gembira dengan pusaka yang terlalu banyak itu, namun anak ayah yang ini sedikit terkesan bila mengenangkan kesederhanaan yang kadang2 menggapai kesusahan ayah dalam mengharungi kehidupan akhir2 ayah.  Bagaimana agaknya perjalanan cerita sekiranya ayah menukarkan sebahagian tanah2 yang ada dengan wang ringgit yang memungkinkan rawatan perubatan yang lebih baik?  Meski anak ini tahu qada' dan qadar ayah sudah terlaksana... namun.... sebagai seorang insan yang serba lemah, terasa kekhilafan jauh disudut hati...

Ayah... you are the best.  semoga Allah pertemukan kita di daulah akhirat nanti, di syurga Allah.

Sehingga saat itu, اللهم اغفر له وارحمه.........

اللهم اغفر له، وارحمه، وعافه، واعف عنه، وأكرم نزله، ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا، كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس، وأبدله داراً خيراً من داره، وأهلاً خيراً من أهله، وزوجاً خيراً من زوجه، وأدخله الجنة، وأعذه من عذاب القبر، ومن عذاب النار


========================================================================

Kini sudah hampir dua tahun ayah kembali ke rahmatullah.  Anak ini cuba untuk nukilkan sesuatu pada hari itu, namun cuma mampu tulis perenggan2 diatas sahaja.  Hari ini, 10 Jun 2017, baru mampu publish post blog ini.  Dan dibiarkan tarikh posting bersamaan hari kembalinya ayah ke pencipta kita.

========================================================================