Saturday, September 03, 2011

xTMS78 in 2011

The world has gotten smaller... oops sorry.... blog Melayu...

Dunia semakin mengecil. Sempadan makin pudar. Hubungan dan komunikasi semakin mudah, samaada melalui email atau menerusi laman-laman sosial. Begitu melalui alatan telekomunikasi. Laman2 sosial lebih popular kalau dibandingkan dengan hubungan melalui talipon kerana ianya tidak terlalu menganggu jadual harian seseorang. Ya lah, kalau dihubungi melalui talipon, kadang2 satu pihak sedang bermesyuarat, atau sedang tidor dan seumpamanya. Sedangkan bila khabar ditanya melalui email atau laman sosial, kita boleh baca dan kirim balasan pada bila2 masa yg sesuai dan selesa untuk diri kita. Dan sejak kebelakangan ini, laman sosial yg paling popular adalah Facebook. Sungguh banyak faedahnya, jika digunakan dgn landasan yang betul dan sesuai. Seperti banyak perkara didalam hidup kita ini, kalau betul kegunaannya, akan baik lah jadinya... salahguna akan mengakibatkan keburukan bukan hanya kpd diri sendiri, malah orang lain juga, mungkin.

1 September 2011, bermula se-awal jam 8.30mlm, di Primula Air Tawar, xtms68/78 sekali lagi berkumpul untuk memperbaharui jalinan mesra yg telah dipupuk sejak dari bangku sekolah rendah lagi! Meski yg hadir adalah sekitar 25% dari populasi badge kami dari primary school sehingga tamat alam persekolahan, namun ianya amatlah bermakna. Yang lebih penting, jalinan dan hubungan ukhuwah ini senantiasa dihangatkan.... dan kini ianya lebih mudah dgn adanya grup xtms68/78 dlm FB!

Dan seperti biasa, semua yg hadir tidak kering gusi dgn telatah Tuan Mat kita.... beliau bukan sahaja telah berusaha dan bersusah payah utk meng"organise" perjumpaan ini, malah telah juga meng"sponsor" jamuan yg disediakan bersama dgn beberapa org lain - hanya ucapan Jazakallahu kathira yg mampu kami iringi dgn doa semoga Allah balas budi kalian berlipat ganda jua adanya! amin.....

NoTa
xtms68/78, grup dlm FB, telah dinukilkan oleh salah seorang dari badge kami semasa besekolah di TMS (Tengku Mahmud School / Sekolah Rendah Tg Mahmud / Sekolah Menengah Tg Mahmud, Besut) seawal tahun 1968 (darjah 1) dan selewat 1980 (upper 6). Kalau sebelum ini, hubungan dan siraturahim antara kami cuma terbatas kepada beberapa orang sahaja, namun kini ianya dipanjangkan kepada lelib ramai.... secara "online" dan terkini! Kalau dulu, berita sakit demam malah kematian lambat atau langsung tak diterima, kini, makluman sebegitu adalah sepantas laluan data di alam maya!